Tuna Dilelong Dengan Harga RM5.5 Juta



TOKYO – Seekor tuna sirip biru gergasi mencatat sejarah apabila ia dilelong pada harga AS$1.8 juta (RM5.5 juta) dalam satu majlis lelongan pertama di pasar ikan Tsujiki, dekat sini semalam.

Harga tersebut adalah tiga kali ganda berbanding rekod jualan tahun lalu iaitu AS$640,000 (RM1.9 juta). Ikan seberat 222 kilogram itu ditangkap di perairan Oma, utara Jepun. Pasar ikan Tsujiki sering mengadakan acara lelongan ikan dan menjadi antara lokasi kegemaran pelancong asing.

Ikan itu dibeli oleh Kiyoshi Kimura, presiden dan pemilik syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Sushi-Zanmai. Kimura juga memenangi bidaan ikan tuna sirip biru pada tahun lalu.

“Saya mahu memenuhi ekspektasi pelanggan yang ingin menikmati tuna terbaik Jepun pada tahun ini. Dengan tuna ini, saya harap dapat menceriakan rakyat Jepun,” kata Kimura yang dipetik daripada akhbar Jiji Press.

Berdasarkan kepada harga itu, sekilogram ikan tuna tersebut berharga sekitar 700,000 yen (AS$7,940 atau RM24,180). Maka, sekeping sushi yang menggunakan ikan itu boleh mencecah harga kira-kira 30,000 yen (AS$340 atau RM1,036).

Namun, Kimura menyatakan dia tidak akan menjual sushi pada harga begitu mahal. Sebaliknya hanya dijual pada harga lebih realistik iaitu 398 yen (AS$4.50 atau RM13.75). – AFP

Isteri Wayne Rooney Kehilangan Adik




London – Adik perempuan kepada isteri penyerang Manchester United, Coleen Rooney meninggal dunia pada usia 14 tahun selepas sekian lama menderita dengan pelbagai penyakit.

Rosie, yang menderita penyakit Rett Syndrome, menghembuskan nafasnya di rumah keluarga Coleen, pagi tadi.

Biappun Rosie hanya anak angkat kepada keluarga Coleen, namun mereka menatangnya dengan penuh kasih sayang selepas dia ditempatkan bersama keluarga berkenaan ketika berusia dua tahun.

Selama ini, Rosie sentiasa ditemani kakaknya, Coleen selepas budak berkenaan tidak mampu untuk bercakap, berjalan dan hanya disuapkan makan melalui tiup.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Wayne Rooney, bagi pihak isterinya memaklumkan, keluarga berkenaan amat bersedih dengan kehilangan remaja berkenaan.

“Dia merupakan seorang remaja yang amat kami sayang dan merupakan seorang yang tabah.

“Rosie juga memberikan inspirasi kepada kami,’’ ujar kenyataan berkenaan.

Kehadiran Rosie dalam keluarga berkenaan tidak pernah dianggap sebagai membebankan malah mereka sentiasa menyayanginya.

Rosie dijadikan anak angkat oleh keluarga Coleen ketika berusia dua tahun, namun ketika itu mereka tidak mengetahui bahawa Rosie menghidap penyakit serius.

Ketika diserahkan kepada keluarga berkenaan, Rosie boleh merangkak dan bermain dengan mainannya, namun selepas beberapa ketika, dia mula berhenti merangkak, malah tanggannya tidak lagi berfungsi.

Malah Rosie juga sering tercekik ketika makan dan akan memuntahkan makanan berkenaan.


Romeo ikut jejak Beckham


LONDON: Peribahasa ke mana tumpahnya kuah jika bukan ke nasi amat sesuai menggambarkan hubungan David Beckham dan anak lelakinya, Romeo.

Romeo yang berusia 10 tahun mengikut jejak bapanya menjadi model iklan terbaru untuk jenama Burberry dari Britain.

Anak kedua pasangan Beckham itu menggayakan fesyen musim panas/bunga 2013 Burberry. Dalam penampilan sulungnya, Romeo dilihat bergaya dengan model dewasa seperti Cara Delevingne, Edie Campbell. Gaya Romeo itu yang diabadikan oleh jurukamera Mario Testino berjaya menarik perhatian Pengarah Kreatif Burberry, Christopher Bailey. Di iklan tersebut, adik dari Brooklyn Joseph ini nampak mengenakan trench coat dan memegang payung bermotif kotak-kotak hitam putih.


Sebagaimana dipetik daripada Huffington Post, Romeo langsung tidak kekok untuk bergaya di hadapan kamera. Dia turut mendapat pujian Bailey. - Agensi


Pembaca Berita Berhijab Pertama di US

Noor Tagouri ialah seorang hijabi yang berasal dari Maryland USA. Remaja berusia 19 tahun ini mencatat sejarah apabila menjadi pembaca berita wanita muslimah pertama di stesen televisyen utama Amerika Syarikat. Beliau bertukas sebagai pembaca berita di ABC 7 News.






Laporan asal Tumblr Noor Tagouri


Raja ‘saintis’ Undur Diri Kuatkuasa Serta Merta??!

RAJAGOBAL...tumpu persiapan kelayakan Piala Asia 2015.

KEGAGALAN mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012 belum cukup untuk menggugat kedudukan Datuk K Rajagobal selaku ketua jurulatih kebangsaan apabila beliau terus diberi mandat membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 bermula Februari.

Perkara ini diputuskan pada satu mesyuarat yang dipengerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah bersama Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad dan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal.

“Satu mesyuarat sudah dijalankan pagi tadi (semalam) dan hasil daripada mesyuarat itu, Rajagobal dikekalkan hingga kontraknya tamat Disember 2013. Ini satu berita gembira untuk pasukan kebangsaan,” menurut sumber dalaman FAM.

Keputusan yang dicapai itu sekali gus melenyapkan spekulasi mengenai pemecatan Rajagobal, 56, selepas kredibilitinya dipertikai ramai pihak berikutan kegagalan skuad kebangsaan mara ke final Piala AFF apabila tumpas dengan agregat 1-3 di tangan Thailand pada separuh akhir minggu lalu.

Kegagalan itu menimbulkan rasa tidak puas hati peminat tempatan memandangkan prestasi Harimau Malaya tampak merosot dalam tempoh dua tahun selepas bergelar juara Asia Tenggara apabila tersingkir di pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 dan juga ranking yang jatuh merundum.

Ada pihak menyarankan agar tugas membimbing Harimau Malaya diserahkan kepada jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee namun dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat yang dirahsiakan pihak FAM itu semalam, ia sekali gus menjawab segala persoalan berhubung kedudukan Rajagobal.

Difahamkan keputusan FAM itu didorong faktor kejayaan lampau Rajagobal yang membantu Malaysia menamatkan penantian 20 tahun negara dengan memenangi pingat emas Sukan Sea Laos dan kejuaraan pertama Piala AFF 2010 di Jakarta.

Malah bagi badan induk bola sepak tanah air itu, kekalahan kepada pasukan hebat seperti Thailand bukanlah satu kegagalan, tambahan pula dengan masalah kecederaan pemain yang dihadapi Rajagobal pada perlawanan itu.

Subahan yang juga Naib Presiden FAM sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Rajagobal untuk terus mengendalikan skuad kebangsaan meskipun misi melayakkan diri ke Piala Asia 2015 di Australia dilihat lebih sukar berbanding mempertahankan kejuaraan Asia Tenggara ini.

Malaysia akan memulakan kempen kelayakan Piala Asia menentang Qatar pada 6 Februari sebelum bertemu Yaman dan Bahrain dalam saingan Kumpulan D.


Pierre Andre Dengan Kekasih Yang Cantik?


Umum tahu Pierre Andre kini telah berubah sedikit demi sedikit dengan menyertai kumpulan jemaah tabligh. Di laman Instagram-nya juga dapat dilihat foto-foto Pierre menghadiri sesi ceramah agama di beberapa tempat. Menurut beberapa sumber media, Pierre telah pun menyertai kumpulan jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Namun, baru-baru ini bertempat di sebuah kompleks membeli-belah di Subang Jaya, sekumpulan rakan wartawan telah terserempak dengan Pierre ketika dia menaiki eskalator di bahagian bertentangan. Turut dilihat bersama Pierre Andre pada ketika itu adalah seorang wanita jelita yang kelihatan seperti kekasihnya.

Ketika terserempak, wajah Pierre terus berubah, namun pengarah filem yang juga anak kepada pelakon, Khatijah Tan ini tetap kekal tenang. Jika dilihat pula pada paras wajah wanita yang keluar bersama Pierre pada ketika itu, dia memanglah seorang yang sangat jelita dan penampilan wanita tersebut juga memang menarik.

Dulu, pernah dengar juga cerita bahawa Pierre Andre sudah merancang untuk berkahwin. Adakah ini wanita yang dimaksudkan? Jika benar, harap dipercepatkanlah perancangan masa depan ya. Bukannya apa, tak manis kalau keluar berdua bersama, tak sesuai pula dengan peribadi Pierre Andre yang kini sudah menyertai kumpulan dakwah.


Bayi Jatuh Ke Lantai Ketika Proses Bersalin Di Hospital

Kasihan! Bayi Terjatuh Ke Lantai Ketika Proses Bersalin Di Hospital | Ketika seorang bapa menanti saat kelahiran anaknya di wad bersalin, dirinya menjaditergamam apabila melihat bayi kecil itu terjatuh ke lantai. Bapanya mendakwadoktor dan jururawat bertugas cuai dalam menjalankan tugas. Dari segi akal fikiran yang waras, mana mungkin doktor dan jururawat tersebut sengaja berbuat demikian. Kejadian yang berlaku tidak disengajakan. Bagaimanapun, hati bapa mana yang tidak sayangkan anaknya bukan.



Sekadar gambar hiasan

Seorang bapa trauma melihat bayinya terhempas ke lantai ketika proses kelahiran di Wad Bersalin, Hospital Serdang, Selasa lalu yang didakwanya berpunca daripada kecuaian doktor dan jururawat bertugas.

Zulfahmi Johari, 35, mendakwa kejadian dikhuatiri boleh menyebabkan komplikasi kesihatan anak keduanya itu untuk tempoh jangka panjangwalaupun pemeriksaan doktor mengesahkan bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan setakat ini.

Ketika kejadian, sebahagian daripada kepala anak saya sudah keluar tetapi bahunya tersangkut menyebabkan kesukaran proses kelahiran. Dalam kesibukan doktor dan jururawat membuat persediaan berkaitan, bayi saya tiba-tiba meluncur keluar tanpa sempat disambut.

Bayi saya jatuh terhempas ke lantai dari ketinggian 0.6 meter dalam keadaan mengiring, manakala tali pusat terputus. Suasana agak panik ketika itu, lebih-lebih lagi bayi saya tidak menangis sebelum bantuan kecemasan diberikan, katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau yang juga seorang pegawai kerajaan, berkata bayi lelakinya seberat 3.08 kilogram kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi rawatan lanjut sebelum keadaannya disahkan stabil tanpa sebarang kecederaan.

Saya bersyukur bayi saya selamat, malah hasil pemeriksaan ultra sound menunjukkan bayi saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun,apa yang musykil tiada dokumen berkaitan bagi membuktikan keputusan pemeriksaan itu.

Ini bermakna kita belum tahu sama ada bayi ini akan kekal normal pada masa depan susulan kejadian tempoh hari.
Berdasarkan pemantauan saya dalam tempoh 48 jam lalu, bayi saya kelihatan kurang aktif… tidak seperti bayi lain, katanya.

Justeru, Zulfahmi meminta jaminan secara rasmi daripada pihak hospital, begitu juga Kementerian Kesihatan untuk bertanggungjawab sepenuhnya jika anak keduanya itu mengalami sebarang komplikasi kesihatan pada masa depan.

Lebih mengecewakan, hanya doktor bertugas meminta maaf di atas kejadian itu… pihak pengurusan hospital langsung tidak berjumpa saya memohon maaf atau memberi penjelasan berhubung kecuaian mereka, katanya.